Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Teknologi Tinggi termasuk industri dron adalah antara komponen dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.<br /><br />Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perincian mengenai perkara itu hanya akan diketahui pada 24 Februari nanti.<br /><br />Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Dronecubator di UKM Bangi.